Showing posts with label Ost. Show all posts
Showing posts with label Ost. Show all posts

Monday, 3 June 2013

Update! my new background song

Ohayo mina-san !

sekarang dah 12 lebih jadi dah masuk pagi kan..jadi xde masalah untuk greet selamat pagi. ok dok merapu ja ni. just nak inform lagu background blog dah di update ke lagu yang lebih happening dan sweet je. 

Kimi To Boku


Kimi Ni Todoke


semua lagu ni adalah dari opening dan ending dari cite anime yang sangat cute dan sweet citenye. Kimi To Boku dan Kimi Ni Todoke. tajuk macam nak sama je kan tapi cite yang berlainan. persamaan hanyalah kedua2 cite ni berlatar belakangkan school life. memang ringan je jalan citenye tapi makin berkembang at centre of the story. cewahh. spekang mat salleh pulok. hehehe.

tapi nina still kekalkan ost untuk cite K Project dan Kamisama Hajimemashita. sebabnye.. lagunye sweet dan soft. sebab tu xremove. kalau nak pilih, tekan je list and korang pilih la nak dengar yang mana. atau tekan pause kalau rasa ianya memekak kan telinga korang. kasar ke. sori jah. mak memang jujur. hikhikhik (macam org semput je gelaknye).

K Project

Kamisama Hajimemashita

-xOXo-


Wednesday, 27 March 2013

Anime Sepanjang Zaman - Hayao Miyazaki



korang2 sume pernah x tengok cerite macam kat atas ni..?? mungkin akan ada yang kata cerita budak2..ye..ni cerita kanak2 tapi bagi yang pernah tengok cerita ni mesti akan tengok semula bila dah dewasa.sebabnya..jalan cerita setiap movie ni sangat unik dan berbeza berbanding cerita kanak2 yang lain..

mula2 nina tengok trailer..cerita lama ni..mesti xsyok..lepas tu adik2 sedara tengah tengok Howl Moving Castle..diorang cakap syok..try la tengok sikit..dah separuh jalan..memang xfaham jalan cerita dia..cuba tengok dari mula..tu diaa..syok gila..lepas tu tengok yang lain2 pula..My Neighbour Totoro memang sangat comel jalan cerita dangan watak Totoro tu sendiri..

Semua cerita kat atas tu adalah dalam bentuk movie..so xde yang episod2..bila cerita da seronok..kena pulak dengan soundtrack dari Joe Hisaishi....Joe Hisaishi, salah seorang komposer terbesar di Jepun. projek solo, konsert klasik, filem dan muzik animasi. Terkenal dengan kerjasama bersama pengarah Takeshi Kitano dan Hayao Miyazaki. mula2 ingatkan Hayao-san ni orang perempuan..nama macam perempuan..tapi bila searck kat en. google..lelaki sebenarnya..dah atuk pun..

Kebanyakan cerita kat atas ni ada dah berusia lebih 27tahun..tapi Doraemon lagi lama..dah 47tahun..tapi gambar2 dalam cerita sangat berkualiti..kalau korang nak tahu macam mana orang2 kat luar sana puji melambung2 cerita2 ni..pegi kat youtube..buka soundtrack..tengoklah komen2 puji2an mereka..haha..bukan nina cakap kosong ok..bukti tuuu..

kalau korang perasan..music background nina ni pakai ost Howl Moving Castle, Spirited Away dan Mononoke Hime/Princess Mononoke .. yang lain2 tu soundtrack untuk cerita anime lain yang sangat best..biasa la..otaku la katakan..kufufufu(gelak mengilai)..

ada yang xtengok lagi sebenarnya..kira dalam on-waiting-list sekarang ni Ponyo, Mononoke Hime, Porco Rosso, Kiki's Delivery Service, Laputa dan Nausicaa..alang2 sekarang ni ada masa terlapang..buleh la layan2 kembali..

Kalau nina cerita pasal anime jawabnya sepuluh hari xhabis..nina lebih prefer anime dari drama2 cinta..jadi kalau ada yang satu kepala ngn nina..buleh la anda cerita2 sikit..


p/s : orang selalu kata anime ni kartun..termasuklah mak nina sendiri..siap buka meja debat lagi..haha..kat bawah ni ada sikit pic perbezaan kartun vs anime..pic2 ni xde kena mengena dengan karya Hayao-san..






-xOXo-