Wednesday 27 March 2013

Anime Sepanjang Zaman - Hayao Miyazaki



korang2 sume pernah x tengok cerite macam kat atas ni..?? mungkin akan ada yang kata cerita budak2..ye..ni cerita kanak2 tapi bagi yang pernah tengok cerita ni mesti akan tengok semula bila dah dewasa.sebabnya..jalan cerita setiap movie ni sangat unik dan berbeza berbanding cerita kanak2 yang lain..

mula2 nina tengok trailer..cerita lama ni..mesti xsyok..lepas tu adik2 sedara tengah tengok Howl Moving Castle..diorang cakap syok..try la tengok sikit..dah separuh jalan..memang xfaham jalan cerita dia..cuba tengok dari mula..tu diaa..syok gila..lepas tu tengok yang lain2 pula..My Neighbour Totoro memang sangat comel jalan cerita dangan watak Totoro tu sendiri..

Semua cerita kat atas tu adalah dalam bentuk movie..so xde yang episod2..bila cerita da seronok..kena pulak dengan soundtrack dari Joe Hisaishi....Joe Hisaishi, salah seorang komposer terbesar di Jepun. projek solo, konsert klasik, filem dan muzik animasi. Terkenal dengan kerjasama bersama pengarah Takeshi Kitano dan Hayao Miyazaki. mula2 ingatkan Hayao-san ni orang perempuan..nama macam perempuan..tapi bila searck kat en. google..lelaki sebenarnya..dah atuk pun..

Kebanyakan cerita kat atas ni ada dah berusia lebih 27tahun..tapi Doraemon lagi lama..dah 47tahun..tapi gambar2 dalam cerita sangat berkualiti..kalau korang nak tahu macam mana orang2 kat luar sana puji melambung2 cerita2 ni..pegi kat youtube..buka soundtrack..tengoklah komen2 puji2an mereka..haha..bukan nina cakap kosong ok..bukti tuuu..

kalau korang perasan..music background nina ni pakai ost Howl Moving Castle, Spirited Away dan Mononoke Hime/Princess Mononoke .. yang lain2 tu soundtrack untuk cerita anime lain yang sangat best..biasa la..otaku la katakan..kufufufu(gelak mengilai)..

ada yang xtengok lagi sebenarnya..kira dalam on-waiting-list sekarang ni Ponyo, Mononoke Hime, Porco Rosso, Kiki's Delivery Service, Laputa dan Nausicaa..alang2 sekarang ni ada masa terlapang..buleh la layan2 kembali..

Kalau nina cerita pasal anime jawabnya sepuluh hari xhabis..nina lebih prefer anime dari drama2 cinta..jadi kalau ada yang satu kepala ngn nina..buleh la anda cerita2 sikit..


p/s : orang selalu kata anime ni kartun..termasuklah mak nina sendiri..siap buka meja debat lagi..haha..kat bawah ni ada sikit pic perbezaan kartun vs anime..pic2 ni xde kena mengena dengan karya Hayao-san..






-xOXo-

No comments:

Post a Comment